Kerjaya muzik Suhaimi_bin_Abdul_Rahman

Pada mulanya, Amy bekerja sebagai seorang seorang penala piano sebelum menyertai Kumpulan Search bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Apabila Zainal meninggalkan Search, Amy menjadi penyanyi utama sebelum dia menarik diri dan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.[2]

Kumpulan Search juga tidak lari dari mengalami perpecahan. Paling tidak dapat diterima oleh peminat setia mereka ialah pengunduran Amy sekitar tahun 1996 dari Kumpulan Search membuatkan ramai peminat mereka kecewa kerana waktu itu Kumpulan Search sudah bertapak lebih 10 tahun dalam industri muzik tempatan dan di antara kumpulan rock paling lama bertahan di Malaysia. Amy mengambil keputusan untuk meninggalkan Kumpulan Search lalu menerbitkan album solo yang keduanya iaitu Camouflage. Sebelum Amy keluar Search beliau juga pernah merakamkan album solo yang pertama yang diberi judul Magic.[3]

Setelah beberapa tahun bergerak secara solo timbul pula hasrat Amy bersama Kumpulan Search untuk membuat penyatuan semula. Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim, Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.[4]

Pada tahun 2008, Amy mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[5]

Rujukan

WikiPedia: Suhaimi_bin_Abdul_Rahman http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&... http://www.imdb.com/Name?Suhaimi+bin+Abdul+Rahman/ http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=32207 http://www.thejakartapost.com/news/2008/09/05/mala... http://www.mmail.com.my/content/32428-search-no-fu... http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://isni.org/isni/0000000466358590 https://musik.kapanlagi.com/berita/ketika-band-mal...